Samsung Galaxy A9 Pro Diperkenalkan Dengan Skrin Berlubang – Variasi Galaxy A8s Untuk Pasaran Global

Samsung Galaxy A9 Pro Diperkenalkan Dengan Skrin Berlubang – Variasi Galaxy A8s Untuk Pasaran Global

Diterbitkan pada Jan 25, 2019 oleh .

Samsung sebelum ini telah pun memperkenalkan Galaxy A8s untuk pasaran China. Kini, pengeluar Korea Selatan berkenaan turut telah melancarkan Galaxy A9 Pro – yang mana dilihat sebagai penawaran telefon pintar yang lebih kurang sama, tetapi untuk pasaran global.

Galaxy A9 Pro hadir dengan penggunaan skrin berlubang, dinamakan Samsung sebagai paparan Infinity-O. Samsung tidak menyatakan spesifikasi penuh untuknya, tetapi jikalau mengikut Galaxy A8s, ia hadir menggunakan skrin 6.39-inci, dijana cip Snapdragon 710 dan memori sehingga 6GB RAM.

Samsung Galaxy A9 Pro

Samsung Galaxy A9 Pro

Untuk rakaman gambar, Samsung Galaxy A9 Pro hadir dengan kamera swafoto 24-megapixel, selain dwi-kamera belakang gabungan 24-megapixel + 5-megapixel telefoto. Melengkapkan peranti ini juga adalah bateri berkapasiti 3400mAh.

Buat masa ini, Samsung telah mengumumkannya untuk pasaran global. Kita mungkin melihat peranti berkenaan dipasarkan dinegara-negara lain tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN