Beberapa Xiaomi Mi A2 Menghadapi Masalah Bootloop Selepas Kemaskini Januari 2019

Beberapa Xiaomi Mi A2 Menghadapi Masalah Bootloop Selepas Kemaskini Januari 2019

Diterbitkan pada Jan 25, 2019 oleh .

Xiaomi Mi A2 adalah peranti terkini Android One dari Xiaomi. Ia mula menerima kemaksini Android Pie pada bulan November tahun lepas. Kemaskini ini hadir secara berperingkat.

Seperti iOS, Android juga turut mempunyai pepijat yang menjengkelkan. Terkini, satu pepijat menjadikan beberapa peranti Xiaomi Mi A2 menghadapi masalah bootloop. Masalah ini terjadi, sebaik sahaja kemaskini sekuriti Januari 2019 dipasang. Selepas reboot, ia berulang tanpa henti.

Isu ini berlaku kerana Mi A2 menggunakan partition A/B sebagai sistem baru mereka. Kemaskini ini hanya memasang pada salah satu partition dan satu lagi partition dilihat tidak aktif dan itu menjadikan punca bootloop. Perkara ini tidak ada masalah untuk dibaiki buat pengguna yang sudah menyahkunci bootloader peranti mereka. Bagi yang belum, ia sedikit sukar.

Adakah antara di kalangan pembaca Amanz menghadapi isu ini pada Mi A2 masing-masing? Jika ya, adakah anda berjaya kembalikannya kepada normal?



TIPS & ULASAN