UiTM Mengeluarkan Kenyataan Rasmi Berkaitan Insiden Ketirisan Data Pelajar

Diterbitkan pada Jan 25, 2019. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lanjutan daripada laporan berkaitan ketirisan info para pelajar UiTM pada awal pagi ini, kini pihak UiTM telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan hal berkenaan.

Menurut UiTM, ketirisan berkenaan bukan hadir daripada terus daripada sistem disebabkan oleh pengodaman – tetapi dikatakan seperti telah diolah dan dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab. UiTM turut menekankan yang mana sistem sedia ada yang digunakan oleh mereka adalah utuh, selamat dan boleh dipercayai.

UiTM mengatakan akan menjalankan siasastan dalaman bagi memastikan tidak berlaku sebarang salah-laku oleh warga mereka. Seperti biasa, UiTM menekankan mereka tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkenaan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami