Cari @ Amanz

Facebook pada hari ini merupakan laman sosial terkemuka yang digunakan ramai. Selain daripada itu, syarikat berkenaan juga turut memiliki perkhidmatan sosial popular yang lain – termasuk WhatsApp dan juga Instagram.

Terkini, ia dilaporkan yang mana Mark Zuckerberg, pengasas Facebook merancang untuk mengintegrasikan perkhidmatan permesejan yang dimiliki mereka, iaitu WhatsApp, Instagram dan juga Facebook Messenger.

Ia dikatakan sekiranya perkara ini berjalan lancar, maka infrastruktur disebalik perkhidmatan permesejan ini akan disatukan – sebaliknya perkhidmatan permesejan berkaitan akan terus beroperasi melalui aplikasi masing-masing seperti biasa.

Integrasi ini juga disasarkan untuk menawarkan sokongan penyulitan penuh. Menariknya, ia juga kelak mungkin membolehkan pengguna menghantar mesej dari satu platform ke platform lain – seperti dari Facebook ke akaun WhatsApp. Langkah ini akan terus mengekalkan pengguna dalam ekosistem milik Facebook tanpa meninggalkannya.

Buat masa ini ia dikatakan masih pada peringkat awal perancangan – dan sekiranya berjalan lancar, ia mungkin diintegrasikan menjelang awal 2020 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd