Touch ID Bakal Digunakan Untuk Pengesahan Identiti Sebelum Mengisi Maklumat Peribadi Pada MacBook

Touch ID Bakal Digunakan Untuk Pengesahan Identiti Sebelum Mengisi Maklumat Peribadi Pada MacBook

Diterbitkan pada Jan 26, 2019 oleh .

Sudah menjadi lumrah proses menaip maklumat peribadi di lalam web seperti nama penuh, alamat rumah dan telefon adalah sedikit melecehkan. Jadi kebanyakan pelayar mempunyai fungsi auto-isi yang menyimpan data pengguna bagi memudahkan proses ini. Tetapi jika komputer diakses oleh pihak ketiga, ia mungkin mendatangkan masalah penipuan identiti.

Menurut laporan dari iMore, kelak sistem TouchID perlu digunakan terlebih dahulu sebelum pelayar melakukan proses auto-isi pada pelayar Safari. Fungsi ini ditemui pada tetapan TouchID sistem operasi macOS Mojave 10.14.4 Developer Beta 1 yang baru sahaja diberikan. Sebelum ini TouchID pada MacBook hanya menyokong sistem nyahkunci skrin, pembelian di Mac App Store dan pembelian menggunakan Apple Pay.


TIPS & ULASAN