Klien Web Untuk Google Duo Kini Sedang Dibangunkan

Klien Web Untuk Google Duo Kini Sedang Dibangunkan

Diterbitkan pada Jan 26, 2019 oleh .

Google telah membangunkan pelbagai aplikasi telekomunikasi sejak sepuluh tahun yang lalu. Bermula dengan Google Talk dan kini tumpuan diberikan pula kepada Google Duo yang menggantikan Google Allo yang dihentikan perkhidmatannya Mac hadapan. Menerusi Duo, pengguna boleh melakukan panggilan video percuma menggunakan data Internet.

Duo walau bagaimanapun hanya wujud dalam versi aplikasi untuk telefon pintar. Kini menurut 9to5Google, Google telah memulakan pembangunan klien web pula untuk Duo. Ini adalah langkah untuk memudahkan panggilan video dilakukan pada PC seperti yang boleh dilakukan oleh pengguna Skype. Tidak diketahui bilakah klien web ini akan dilancarkan tetapi fungsi baharu biasanya didedahkan pada acara Google I/O sekitar bulan Mei atau Jun setiap tahun.


TIPS & ULASAN