Cari @ Amanz

Honor telah mula memperkenalkan kemaskini Android Pie untuk beberapa peranti mereka. Terkini, mereka dilihat turut telah memulakan ujian untuk pengguna Honor 8X mengujinya terlebih dahulu versi beta pembangunan kemaskini berkenaan – sebelum ia diperkenalkan secara rasminya.

Melalui EMUI 9.0 berasaskan Android Pie, ia menawarkan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk pengoptimasian penggunaan bateri dan pencahayaan skrin.

Honor 8X Pie

Bagi pengguna Honor 8X yang berminat, mungkin boleh membuat pendaftaran minat dan mengujinya hari ini. Namun, seperti biasa dinasihatkan yang mana versi beta adalah tidak stabil sepenuhnya, dan mungkin terdapat beberapa pepijat yang masih belum dikenal-pasti lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd