Google I/O Seterusnya Akan Berlangsung Pada 7 Mei 2019
Aman
Setiap tahun, Google akan menganjurkan acara memfokuskan pembangun, iaitu Google I/O. Melaluinya, gergasi internet berkenaan akan berkongsi sejumlah perkara baru yang akan diperkenalkan mereka dan bagaimana pembangun boleh bersedia dengan penawaran masing-masing untuk pengguna mereka.
Untuk tahun ini, acara berkenaan akan berlangsung pada 7 Mei 2019 kelak. Jadual acara penuh untuknya masih belum dikeluarkan buat masa ini.

Namun, seperti biasa, kita akan dapat melihat pengumuman ciri awal pada Android Q kelak, selain mungkin akan turut dapat meiihat perkongsian berkenaan Google Assistant, dan juga Google Chrome.
Sama-sama kita nantikan bulan Mei ini untuk melihat perkembangan seterusnya daripada pihak Google untuk pembangun dan pengguna.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.