Gambar Acah Nokia Untuk MWC 2019 Memperlihatkan Pengenalan Telefon Dengan Lima Kamera Belakang

Gambar Acah Nokia Untuk MWC 2019 Memperlihatkan Pengenalan Telefon Dengan Lima Kamera Belakang

Diterbitkan pada Jan 27, 2019 oleh .

Beberapa pengeluar telah mula hadir dengan video acah dan promosi untuk acara MWC 2019 kelak. Pihak HMD Global kini turut tidak ketinggalan, dan telah hadir dengan gambar acah untuk acara mereka yang dijadualkan pada 24 Februari 2019 kelak.

HMD Nokia 9 PureViewDaripada gambar acah yang hadir, ia memperlihatkan gambar seumpama pada gambar Nokia 9 PureView yang tertiris sebelum ini – dimana ia menyertakan lima kamera belakang.

Ini sekaligus seperti memberikan pengesahan yang mana HMD Global akan memperkenalkan Nokia 9 PureView secara rasminya pada MWC 2019 kelak – dimana kita mungkin akan dapat melihat sendiri bagaimana penawaran lima kamera belakang ini akan menyaingi pengeluar-pengeluar lain dipasaran hari ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 24 Februari 2019 ini untuk mengikuti acara rasmi pihak Nokia.


TIPS & ULASAN