Rekaan LG G8 ThinQ Tertiris
LG

Rekaan LG G8 ThinQ Tertiris

Diterbitkan pada Jan 27, 2019 oleh .

LG G8 ThinQ bakal dilancarkan di MWC 2019 yang berlangsung pada Februari ini. Seperti biasa rekaan peranti akan tertiris awal dan hari ini giliran G8 ThinQ pula muncul ke arena web menerusi laman XDA Developer. Dari segi rekaan ia tidak jauh berbeza dengan LG G7 ThinQ. Peranti masih mempunyai rekaan skrin bertakuk dan dwi-kamera utama pada bahagian belakang.

Apa yang menarik ialah tiada kekisi pembesar suara dapat dilihat pada bahagian bawah peranti. Ini menimbulkan spekulasi teknologi audio dari skrin mungkin akan digunakan bagi menyokong sistem audio stereo seperti yang diperlihatkan pada Vivo Apex 2019 dan Meizu Zero. Seperkara lagi terdapat pengimbas cap jari pada panel belakang memberikan petunjuk peranti ini mungkin tidak menyokong pengimbas terbina dalam skrin.


TIPS & ULASAN