Cari @ Amanz

Minggu lalu Apple mengumumkan pertandingan Shot on iPhone yang mencari gambar terbaik diambil menggunakan iPhone pada peringkat global. Sepuluh gambar pemenang kemudiannya akan digunakan pada papan iklan, laman rasmi Apple serta hiasan dalaman Apple Stiore.

Pasca pertandingan diumumkan, Apple menerima kritikan kerana pemenang tidak diberi sebarang pampasan berbentuk wang walaupun gambar mereka digunakan untuk tujuan promosi. Oleh sebab kritikan yang diterima tular di media sosial, Apple segera mengubah terma dan syarat pertandingan.

Klausa terkini mengesahkan pemenang akan menerima bayaran penggunaan lesen imej oleh Apple selari dengan yang dipraktikkan oleh sektor pengiklanan. Ini adalah langkah yang baik kerana kerap kali apabila pertandingan dilakukan, gambar yang dihantar oleh peserta digunakan tanpa pampasan kewangan yang sewajarnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd