Rekaan Nokia 1 Plus Tertiris – Mungkin Sebuah Peranti Android Pie Go

Rekaan Nokia 1 Plus Tertiris – Mungkin Sebuah Peranti Android Pie Go

Diterbitkan pada Jan 27, 2019 oleh .

Nokia telah memperlihatkan imej acah Nokia 9 yang akan dilancarkan pada 24 Februari hadapan. Peranti mercu dengan lima kamera utama ini pasti akan menerima perhatian kerana konfigurasi kamera yang unik. Tetapi besar kemungkinan Nokia 1 Plus turut akan dilancarkan pada acara yang sama.

Imej pengolokan serta spesifikasi Nokia 1 Plus telahpun tertiris semalam dengan spesifikasi peranti kelas permulaan. Ia mempunyai skrin dengan resolusi 480×960 pixel, dijana cip Mediatek MT6739W empat teras serta memori sebesar 1GB RAM sahaja. Kerana spesifikasi yang rendah ini, ia pastinya hanya menggunakan sistem operasi Android Go sama seperti Nokia 1 yang dilancarkan tahun lalu.


TIPS & ULASAN