Cari @ Amanz

Tahukah anda “dron” telah digunakan di medan perang sejak 1849? Tentera Austria telah menggunakan belom tanpa pemandu untuk menjatuhkan bom api ke bandar Venice. Percubaan mereka gagal kerana arah angin yang tidak boleh dikawal. Penggunaannya di era moden bermula ketika Perang Dunia Pertama oleh tentera berikat sebagai “torpedo terbang” untuk menyerang Zeppelin milik Jerman.

Teknologi dron kini berkembang pesawat dengan dron pelbagai saiz. Black Hornet keluaran FLIR kini memegang rekod sebagai dron terkecil yang dibangunkan untuk kegunaan tentera. Minggu lalu pihak FLIR mengumumkan mereka menerima pesanan bernilai $39.6 juta untuk membekalkan Black Hornet untuk tentera Amerika Syarikat. Seminggu sebelum ini tentera Perancis melakukan pesanan bernilai $89 juta,

Dron nano ini digunakan untuk sebagai sistem peninjauan peribadi untuk anggota infantri yang hanya sepanjang 168mm atau sepanjang telapak tangan dan seberat 33 gram. Ia mempunyai masa penerbangan sehingga 25 minit dengan jarak kawalan sehingga 2 km. Kerana saiznya yang kecil ia sukar dikesan dan tidak menghasilkan bunyi yang bising. Menurut FLIR setakat ini 8000 unit Black Hornet telah berjaya dijual kepada pasukan tentera seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd