Samsung Akan Menggantikan Penggunaan Plastik Pada Bungkusan Dengan Bahan Mesra Alam

Samsung Akan Menggantikan Penggunaan Plastik Pada Bungkusan Dengan Bahan Mesra Alam

Diterbitkan pada Jan 28, 2019 oleh .

Samsung hari ini mengumumkan yang mana syarikat pengeluar peranti terkemuka berkenaan akan mula menggantikan penggunaan plastik pada bungkusan dengan bahan mesra alam seperti kertas dan lain-lain.

Langkah ini akan dilakukan oleh Samsung bermula pertengahan pertama 2019 ini. Ia akan meliputi bungkusan pada pelbagai produk dan aksesori keluaran Samsung, termasuk telefon pintar, tablet dan perkakasan rumah.

Samsung Eko 2020

Selari dengan langkah ini juga, Samsung akan merekabentuk semula bungkusan mereka supaya selari dengan bahan mesra alam ini.

Samsung menyasarkan untuk menggunakan bahan bungkusan berasaskan kertas menjelang 2020 kelak.

Langkah Samsung ini hadir selari dengan trend pelbagai syarikat gergasi akhir-akhir ini yang beralih ke arah penggunaan bahan mesra-alam, sekaligus mengurangkan pencemaran.


TIPS & ULASAN