Oppo Mempatenkan Ikon Melancarkan Aplikasi Kamera Yang Bertindan Dengan Lubang Kamera

Oppo Mempatenkan Ikon Melancarkan Aplikasi Kamera Yang Bertindan Dengan Lubang Kamera

Diterbitkan pada Jan 28, 2019 oleh .

Lubang pada skrin ialah antara cara menyelesaikan masalah takuk pada skrin peranti. Sistem ini boleh ditemui pada peranti keluaran Samsung dan Huawei. Oppo nampaknya turut akan mengikuti jejak dua pengeluar ini tetapi dengan menyorokkannya dari pandangan pengguna.

Sebuah paten yang difailkan oleh Oppo ke badan WIPO menunjukkan ikon aplikasi kamera yang bertindan dengan kamera pada bucu atas kanan skrin. Dengan ini kewujudan lubang kamera tidak akan kelihatan. Namun begitu ini mengakibatkan terdapat talam aplikasi pula pada bahagian skrin dan bukannya kawasan memaparkan notifikasi, status selular dan bateri seperti sedia ada. Paten telah difailkan tetapi tidak diketahui sama ada ia akan digunakan kelak pada peranti mereka yang dilancarkan di MWC kelak.


TIPS & ULASAN