Google Chromecast Ultra Tidak Boleh Menstrim Gambar Resolusi 4K Dari Google Photo

Google Chromecast Ultra Tidak Boleh Menstrim Gambar Resolusi 4K Dari Google Photo

Diterbitkan pada Jan 28, 2019 oleh .

Chromecast adalah alternatif untuk menjadikan sesuatu monitor atau televisyen ‘dungu’ kepada pintar. Ia menstrim kandungan dari peranti terus ke skrin melalui sambungan WiFi. Chromecast Ultra adalah Chromecast paling premium dari Google kerana ia mampu menstrim pada kandungan 4K dan dijual pada harga mencecah RM400.

Chromecast Ultra

Terkini, Google telah mengesahkan yang mana gamabr-gambar dalam Google Photos tidak boleh distrim pada resolusi 4K. Walaupun Chromecast tersebut digunakan pada televisyen 4K, casting Google Photos melalui Chromecast Ultra hanya dihadkan kepada 1080p sahaja. Ini bermakna, pengguna yang mempunyai banyak gambar berresolusi tinggi dalam Google Photos – tidak boleh cast ke televisyen mereka pada resolusi 4K.

Tetapi usah risau, ia hanya terhad pada Google Photos sahaja. Pengguna masih lagi boleh cast Netflix kepada resolusi 4K. Cuma apa motifnya jika Chromecast Ultra adalah untuk 4K, tetapi tidak semua kandungan boleh dicast kepada 4K?


TIPS & ULASAN