Polis Dubai Memperlihatkan Dron Berkuasa Hidrogen Yang Mampu Terbang Selama Tiga Jam

Polis Dubai Memperlihatkan Dron Berkuasa Hidrogen Yang Mampu Terbang Selama Tiga Jam

Diterbitkan pada Jan 28, 2019 oleh .

Polis Diraja Malaysia telah mula menggunakan dron untuk proses rondaan kawasan perumahan dan demo jalanan sejak tiga tahun yang lalu. Dari gambar yang telah kami lihat PDRM menggunakan dron berkuasa elektrik yang mempunyai tempoh penerbangan yang terhad. Ini ialah masalah utama dron elektrik yang terjual di pasaran.

Polis Dubai menyelesaikan masalah ini dengan penggunaan dron berkuasa hidrogen yang mampu terbang sehingga tiga jam. Dengan tempoh penerbangan yang lama ia boleh melakukan pemantauan kawasan maritim dan pergunungan. Dron ini diperlihatkan ketika acara Intersec yang berlangsung hujung minggu lalu.

Selain pengguna dron, Polis Dubai mempelopori penggunaan motosikal terbang dan juga robot peronda swapandu yang turut dilengkapi dron untuk menjejak penjenayah. Malahan Dubai merancang menggunakan robot untuk mengambil 25% tugas polis menjelang 2030.


TIPS & ULASAN