The Mac Index – Memudahkan Anda Membandingkan Harga Produk Apple Mengikut Negara

The Mac Index – Memudahkan Anda Membandingkan Harga Produk Apple Mengikut Negara

Diterbitkan pada Jan 28, 2019 oleh .

Produk keluaran Apple merupakan antara produk yang diminati ramai – dan semestinya ingin dibeli oleh ramai pengguna sekiranya boleh didapati pada harga sedikit rendah. Dengan konsep untuk memudahkan anda membuat perbandingan harga jualan produk Apple di negara-negara berdekatan, kini salah satu laman yang hadir adalah The Mac Index.

Dibangunkan oleh pembangun tempatan, ia telah beroperasi sejak beberapa tahun yang lepas. Baru-baru ini, ia telah menerima kemaskini dan menjadikan laman berkenaan lebih kemas dan mesra pengguna. Melalui laman The Mac Index, pengguna boleh memilih produk Apple yang anda inginkan, dan seterusnya melihat dimana anda boleh mendapatkannya pada harga yang lebih rendah.

The Mac Index

Seperti ramai sedia maklum, harga produk Apple adalah berbeza dibeberapa buah negara, disebabkan oleh kadar cukai dan faktor-faktor lain. Harga yang dipaparkan pada laman ini adalah harga rasmi yang dihimpunkan daripada Apple Store setiap negara.

Dengan penawaran jaminan Apple yang meliputi pelbagai negara tanpa masalah, semestinya pengguna tidak mengambil kisah untuk mendapatkan produk Apple dinegara lain, dan menggunakannya di Malaysia.

Bagi anda yang berhasrat untuk ke luar negara dalam masa terdekat, dan ingin membeli produk keluaran Apple, mungkin boleh menyemak laman The Mac Index ini hari ini, dan membandingkan harga produk Apple di pelbagai negara dengan mudah. Seperti biasa, anda dinasihatkan untuk menyemak beberapa perkara yang mungkin berbeza diluar negara sebelum membuat pembelian – termasuk dari segi rekaan papan kekunci, tetapan pada telefon pintar, dan sebagainya.

Layari : The Mac Index


TIPS & ULASAN