Penghala Huawei WiFi Q2 Diperkenalkan – Penghala Dan Perebak WiFi 2-Dalam-1 Untuk RM999

Penghala Huawei WiFi Q2 Diperkenalkan – Penghala Dan Perebak WiFi 2-Dalam-1 Untuk RM999

Diterbitkan pada Jan 28, 2019 oleh .

Jika anda tinggal di dalam kediaman yang besar, salah satu daripada isu yang pasti dihadapi ialah keadaan dimana penghala WiFi anda tidak dapat meliputi seluruh kawasan rumah anda. Untuk menyelesaikan masalah ini, biasanya peranti perebak WiFi (WiFi extender) akan digunakan.

Huawei mungkin terkenal dengan peranti-peranti pintar mereka, tetapi mereka juga mempunyai kepakaran di dalam bidang rangkaian dimana mereka hadir dengan peranti dan perkakasan yang menguasakan perkhidmatan telekomunikasi di seluruh dunia.

Huawei WiFi Q2 ialah penghala (router) dan perebak (extender) 2-dalam-1 yang bukan sahaja menyokong sambungan WiFi dan kabel yang laju, tetapi mampu melanjutkan sambungan WiFi anda ke seluruh kawasan rumah anda.

 

Penghala WiFi Q2 ini hadir dengan sokongan WiFi 802.11ac dan 802.11n di dalam mod 2×2 MuMIMO dan kelajuan Internet selaju 867Mbps, dan kelajuan LAN (Local Area Network) 1.0GBps.

Apa yang menarik mengenai penghala WiFi Q2 ini ialah ia boleh disambungkan kepada penghala WiFi Q2 yang lain sebagai perebak yang akan melanjutkan kawasan liputan WiFi di rumah anda.

Dalam pada itu, Huawei juga telah mencipta sebuah aplikasi yang dinamakan Huawei Smart Home App yang membolehkan anda mengawasi penggunaan Internet di dalam rangkaian rumah anda, disamping mengawal tetapan penghala WiFi Q2 anda.

Penghala Huawei WiFi Q2 ini sudahpun hadir di pasaran tempatan, dan boleh dibeli pada harga RM999 untuk satu penghala WiFi Q2 ini. Anda harus membeli sekurang-kurangnya dua penghala ini jika anda ingin menggunakan ciri perebak WiFi yang hadir pada model ini.


TIPS & ULASAN