Realme C1 Kini Dikemaskini Dengan Pilihan Memori Dan Storan Lebih Besar

Realme C1 Kini Dikemaskini Dengan Pilihan Memori Dan Storan Lebih Besar

Diterbitkan pada Jan 28, 2019 oleh .

Realme merupakan salah satu sub-jenama Oppo, dan ia telah mencuri perhatian ramai pengguna sejak diperkenalkan pada tahun lepas. Malah, telefon pintar keluaran Realme menjadi pilihan yang sangat berbaloi untuk peranti berspesifikasi rendah dan pertengahan.

Realme C1

Salah satu peranti yang berbaloi untuk dimiliki pada harganya adalah Realme C1. Di Malaysia, ia boleh didapati pada harga serendah RM399 – sekaligus menjadikannya antara telefon pintar yang berbaloi dipasaran untuk harga penawarannya.

Hari ini, Realme turut mengumumkan kemaskini untuk model berkenaan, dimana kini ia hadir dengan pilihan memori lebih besar.

Di India, hari ini pihak Realme mengumumkan yang mana model Realme C1 telah terjual lebih 1 juta unit.

Selari dengannya, kini Realme C1 hadir dengan pilihan memori 2GB RAM + 32GB storan, selain 3GB RAM + 32GB. Buat masa ini, penawaran baru ini hanya diumumkan di India sahaja. Tidak diketahui lagi bilakah penawaran sama akan ditawarkan di Malaysia buat masa ini.


TIPS & ULASAN