Google Assistant Akan Mengenal-Pasti Pengguna Melalui Imbasan Wajah Untuk Pengalaman Lebih Peribadi

Google Assistant Akan Mengenal-Pasti Pengguna Melalui Imbasan Wajah Untuk Pengalaman Lebih Peribadi

Diterbitkan pada Jan 28, 2019 oleh .

Google Assistant merupakan pembantu maya digital yang disediakan oleh Google, dimana ia berinteraksi dengan pengguna berdasarkan kepada input suara. Menariknya, kini, melalui beta terkini Google Assistant untuk Android, ia dilihat beberapa kod awal ditemui yang menandakan kelak perkhidmatan berkenaan akan menawarkan sokongan mengenal-pasti pengguna melalui imbasan wajah.

Dikenali dengan nama kod Face Match, ia akan membolehkan pengguna menambah wajah dan berinteraksi dengannya untuk mendapatkan info berkaitan. Hal ini sekaligus kelak akan memudahkan Google Assistant untuk mengenal-pasti seseorang pengguna dan berinteraksi dengan mereka.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada ciri ini akan diaktifkan untuk semua pengguna peranti mudah-alih, atau sekadar ditawarkan untuk peranti paparan pintar yang ditujukan untuk penggunaan di ruang tamu.

Info terbaru ini juga hadir selari dengan laporan mengatakan Android Q akan mengintegrasikan ciri pengimbas wajah secara terbina.



TIPS & ULASAN