Carian
Samsung Memperkenalkan Galaxy M – Telefon Pintar Dengan Rekaan Skrin Bertakuk
January 28, 2019 Aman

Samsung hari ini telah memperkenalkan dua telefon pintar dibawah siri Galaxy M yang serba-baru, iaitu Galaxy M10 dan juga Galaxy M20. Kedua-duanya dilancarkan di India, dan ditujukan kepada pengguna muda atau dikenali “millenial”.

Apa yang menariknya pada kedua-dua telefon pintar baru ini adalah ia hadir dengan rekaan skrin bertakuk – salah satu perkara yang dikritik oleh Samsung melalui beberapa iklan mereka sebelum ini. Ia hadir dengan rekaan bertakuk kecil atau dinamakan Samsung sebagai Infinity-V.

Samsung Galaxy M10 hadir dengan skrin 6.2-inci HD+, dijana menggunakan cip Exynos 7870, memori dengan pilihan 2GB RAM atau 3GB RAM, selain storan dengan pilihan 16GB atau 32GB. Melengkapkan telefon pintar ini adalah penggunaan bateri 3400mAh.

Samsung Galaxy M20

Samsung Galaxy M20 pula merupakan telefon pintar dengan skrin 6.3-inci FHD+, dijana cip Exynos 7904, memori dengan pilihan 3GB RAM atau 4GB RAM, selain storan dengan pilihan sehingga 64GB. Ia turut hadir dengan bateri bersaiz besar, iaitu 5000mAh.

Kedua-duanya hadir dengan sokongan dwi-kamera belakang gabungan 13MP + 5MP. Kedua-duanya juga turut menerima pengesahan Widevine L1 untuk menikmati kandungan pada resolusi tinggi.

Buat masa ini, ia hanya diumumkan untuk pasaran India sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada akan dipasarkan di negara lain atau pun sebaliknya.

Komen