Cari @ Amanz

Apple sebelum ini sedia diperkatakan sedang membangunkan perkhidmatan langganan untuk video seumpama Netflix dan dijangka dilancarkan pada tahun ini. Menariknya, bukan itu sahaja, dan kini Apple turut dikatakan sedang membangunkan perkhidmatan langganan untuk permainan video.

Melaluinya, ia akan berfungsi seumpama Netflix, dimana pengguna perlu membuat bayaran langganan bulanan dan akan menerima akses untuk memainkan sejumlah permainan video melaluinya.

Buat masa ini, Apple dikatakan masih pada peringkat perbincangan awal, dan telah berbincang dengan sejumlah syarikat pembangun permainan. Terdapat juga kemungkinan yang mana Apple tidak meneruskan perancangan untuk perkhidmatan ini.

Langkah ini juga turut memperlihatkan yang mana Apple kini sedang menumpukan kepada penjanaan pendapatan melalui beberapa perkhidmatan berbentuk langganan – selain daripada Apple Music dan storan iCloud. Dengan angka jualan peranti yang semakin merudum di peringkat industri, mungkin ini adalah salah satu langkah yang menjadi fokus pihak Apple untuk terus menambah pendapatan mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd