Cari @ Amanz

Setiap peranti baharu kelas pertengahan dan mercu kini hadir dengan gimik menggunakan sistem kecerdasan buatan. Cip yang digunakan juga hadir dengan NPU khusus untuk tugas kepedasan buatan yang kini dianggap penting bagi mengoptimasikan sistem peranti dan juga kemampuan kamera. Bagi mengukur tahap kecerdasan ini, Antutu telah melancarkan aplikasi baru AI Review.

Aplikasi ini akan melakukan ujian penanda aras terhadap kemampuan kecerdasan peranti menerusi kemampuan mengenal pasti objek dan mengkelaskan imej yang dilihat. Kepantasan melakukan proses-proses ini akan menghasilkan markah penadah aras yang tinggi. Buat masa ini aplikasi masih lagi di tahap percubaan tetapi anda boleh menguji pada peranti Android menerusi pautan di bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd