Apple Dilaporkan Akan Memulakan Perkhidmatan Penstriman Video Pada Pertengahan April

Apple Dilaporkan Akan Memulakan Perkhidmatan Penstriman Video Pada Pertengahan April

Diterbitkan pada Jan 29, 2019 oleh .

Apple telah lama ingin menawarkan perkhidmatan video mereka sendiri. Kali pertama ura-ura didengari ialah pada tahun 2017 dengan sasaran pelancaran pada tahun 2018. Ini nyata tidak berlaku tetapi mengikut laporan dari The Information, ia akan akhirnya dilancarkan pada pertengahan April 2019.

Selain menawarkan kandungan asli, perkhidmatan penstriman Apple ini turut akan menawarkan kandungan dari HBO dan Showtime Tarikh ini selari dengan permulaan musim kelapan dan terakhir Game of Thrones yang diterbitkan oleh HBO. Pada awalnya perkhidmatan ini hanya akan ditawarkan kepada pengguna di Amerika Syarikat tetapi akan dikembangkan ke lebih 100 negara menjelang penghujung 2019.


TIPS & ULASAN