Cari @ Amanz

Sejak Google I/O 2018, Google telah mengumumkan yang mana banyak aplikasi mereka akan dikemaskini dengan rekaan Material Design baru. Google Maps dilihat hanya dikemaskini secara perlahan untuk rekaan baru ini. Tetapi, Google teruskan kemaksini Google Maps dengan kehadiran fungsi dan ciri baru.

Hari ini, Google Maps dikemaskini dengan rekaan Material Design untuk bahagian carian. Ikon serta rekaan kini lebih selari dengan rekaan Android Pie. Di mana ikon berbentuk bulat dan berwarna biru serta kelabu. Secara keseluruhan, ia kelihatan lebih kemas dan menarik.

Seperti biasa, Google dilihat hanya menawarkan kemaskini dari bahagian pelayan. Jadi pasti akan ada pengguna yang tidak akan terima lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd