Kerajaan Menanti Laporan Dari SKMM Dan NACSA Sebelum Menghalang Penggunaan Teknologi 5G Huawei

Kerajaan Menanti Laporan Dari SKMM Dan NACSA Sebelum Menghalang Penggunaan Teknologi 5G Huawei

Diterbitkan pada Jan 29, 2019 oleh .

Sebelum ini Perdana Menteri Tun Mahathir dipetik berkata kerajaan akan melakukan kajian terlebih dahulu sebelum melihat keperluan menghalang penggunaan teknologi 5G di negara kita. Hari ini Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengumumkan kerajaan sedang menanti laporan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) sebelum mengambil tindakan seterusnya,

Menurut Gobind Singh, pihak kementerian akan mengumumkan keputusan sama ada untuk mengharamkan infrastruktur 5G Huawei di Malaysia selepas laporan diterima. Setakat ini tiada bukti pihak Huawei melakukan intipan terhadap negara menggunakan infrastruktur sedia ada. Namun begitu kajian ini dilakukan selepas beberapa negara seperti United Kingdom mula mengharamkan penglibatan Huawei dalam pembangunan infrastruktur 5G.


TIPS & ULASAN