Sistem Pembatalan Bunyi Dengkur Telah Berjaya Dibangunkan

Sistem Pembatalan Bunyi Dengkur Telah Berjaya Dibangunkan

Diterbitkan pada Jan 29, 2019 oleh .

Fon kepala dengan sistem pembatalan hingar telah dicipta empat puluh tahun lalu oleh Bose. Majoriti fon kepala berkelas mercu kini menyertakannya sebagai fungsi standard bagi menghalang bunyi luar dan mencemari audio yang ingin didengari. Teknologi ini kini digunapakai pula untuk sistem pembatalan dengkur ketika tidur oleh penyelidik dari Northern Illinois University.

Sistem yang dibangunkan ini terdiri daripada sebuah bantar yang mempunyai mikrofon terbina bagi mengesan tahap kekuatan dengkuran. Pada kepala katil terdapat pula sistem suara yang menghasilkan audio bertentangan amplitud bagi membatalkan bunyi dengkuran. Biasanya bunyi bising yang mencecah kekuatan 35 dB boleh mengganggu tidur manakala bunyi dengkuran biasa mampu mencecah 60 dB.

Dengan sistem pembatalan dengkur ini, kekuatan bunyi dengkuran tidak dihapuskan sepenuhnya tetapi dikurangkan sehingga 30 dB. Kajian lengkap sistem anti-dengkur ini telah diterbitkan di dalam Journal of Automatica Sinica awal bulan yang lalu.


TIPS & ULASAN