Cari @ Amanz

Oxygen OS Open Beta adalah sistem operasi beta untuk peranti OnePlus. Ia hadir dengan ciri/fungsi baru untuk pengguna OnePlus yang berani mencuba. Terkini, Oxygen OS Open Beta versi 12 dan 4 telah hadir untuk OnePlus 6 dan OnePlus 6T.

Seperti yang semua sudah tahu, peranti OnePlus juga dikatakan adalah peranti yang sesuai untuk permua. Walaupun tidak mempunyai gimik seperti GPU Turbo atau sistem penyejukan cecair – OnePlus ada mod gaming tersendiri yang membenarkan peranti tersebut terus fokus kepada permua apabila ia sedang dimainkan. Dalam Oxygen OS Open Beta terkini, di bahagian mod gaming mereka telah menambah mod E-Sport. Mod E-Sport ini mungkin ditambah selepas kerjasama mereka dengan Fnatic.

Mod E-Sport ini hadir dengan fungsi Do Not Disturb, pengehadan aplikasi latar dan peningkatan rangkaian 4G yang lebih mendalam. Ini bermakna, prestasi akan sedikit lebih pantas dan tiada gangguan notifikasi lagi. Selain daripada itu, terdapat juga mod membalas mesej dengan pantas melalui Quick Reply. Fungsi ini hadir dengan papan kekunci terapung untuk memudahkan pengguna membalas mesej atau memudahkan lagi menaip dalam mod landskap. Buat masa ini, ia hanya terhad buat Instgram, WhatsApp dan WeChat sahaja.

Lain-lain kemaskini adalah fungsi rakaman skrin yang lebih baik serta jam masa dunia kini mempunyai informasi cuaca. Bagi yang sudah menggunakan Open Beta, boleh tunggu sahaja OTA. Bagi yang belum, boleh muat turun terus dari pautan rasmi di bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd