U Mobile Hadir Dengan Penawaran Pelan Panggilan Tanpa Had Pada Harga Serendah RM25 Sebulan

U Mobile Hadir Dengan Penawaran Pelan Panggilan Tanpa Had Pada Harga Serendah RM25 Sebulan

Diterbitkan pada Jan 29, 2019 oleh .

U Mobile sebelum ini telah hadir dengan beberapa penawaran menarik untuk data tanpa had pada harga yang sangat rendah. Terkini, mereka meneruskan penawaran menarik dengan mengumumkan pelan Giler TALK yang menawarakn kemudahan panggilan tanpa had ke semua rangkaian pada harga langganan serendah RM25 sebulan.

UMobile Giler Talk

Melalui pelan ini, U Mobile mengatakan pengguna boleh membuat panggilan tanpa had ke rangkaian mudah-alih domestik. Semua yang berminat, boleh membuat langganan untuk pelan ini melalui aplikasi U Mobile dan memilih GT30.

Buat tempoh pengenalan ini, ia ditawarkan pada harga langganan RM25 sebulan. Selain panggilan tanpa had, ia juga turut menyertakan data 1GB untuk digunakan bagi tempoh sebulan berkenaan.

Bagi anda yang sering membuat panggilan telefon yang banyak, mungkin pelan ini adalah sesuai untuk anda.


TIPS & ULASAN