Pengecas Nirwayar Samsung Galaxy S10 Adalah Terpantas Buat Masa Ini – Kuasa 15W

Pengecas Nirwayar Samsung Galaxy S10 Adalah Terpantas Buat Masa Ini – Kuasa 15W

Diterbitkan pada Jan 29, 2019 oleh .

Peranti mercu Samsung sehingga hari ini, kekal dengan sistem pengecasan pantas Samsung Adaptive Fast Charging. Ia adalah berasaskan Qualcomm Quick Charge 2.0, iaitu kuasa pengecasan 15W. Ia boleh dikatakan antara yang paling perlahan, tetapi buat pengguna Samsung – ia sudah mencukupi.

Terkini, pengecas nirwayar baru Samsung dilihat telah pun didaftarkan dan lulus. Ia adalah pengecas nirwayar pantas dan adalah antara yang terpantas buat masa ini, iaitu 15W. Input pengecas nirwayar ini adalah 12V/2.1A, di mana versi yang sebelum ini adalah 9V/1.67A. Pesaing lain seperti Pixel 3 melalui Pixel Stand, hanya 10W. Dengan 15W ini harap tiada isu ketika mengecas.

Kepantasan pengecas nirwayar ini sama sahaja dengan pengecas berwayar Samsung Adaptive Fast Charge, jadi nampaknya kemungkinan besar Samsung akan kekal dengan Samsung Adaptive Fast Charging untuk selarikan kuasa pengecasan berwayar dan secara nirwayar adalah sama.


TIPS & ULASAN