Redmi Go Kini Rasmi – Android Oreo Go, 3000mAh, 720p Dan Harga Sekitar RM300

Redmi Go Kini Rasmi – Android Oreo Go, 3000mAh, 720p Dan Harga Sekitar RM300

Diterbitkan pada Jan 29, 2019 oleh .

Beberapa hari lepas, poster buat peranti Android Go dari Redmi (sub-syarikat Xiaomi) telah tertiris, ia adalah Redmi Go. Kemudian, model nombor buat peranti ini dilihat telah melepasi SIRIM Malaysia dan dijangka akan hadir dalam masa terdekat ini.

Hari ini, Redmi Go telah rasmi. Ia adalah telefon pintar dengan spesifikasi asas yang menjalankan sistem operasi Android asli ringan. Ia dijana dengan Snapdragon 425 dan dipadankan dengan memori 1GB RAM dan pilihan 8GB storan dalaman. Turut terdapat slot kad mikroSD yang menyokong memori maksima 16GB. Skrin peranti adalah 5-inci dengan panel 720p sahaja. Untuk kamera, 8MP f/2.2 adalah lensa utama dan 5MP f/2.2 buat lensa swafoto. Bateri pula adalah 3000mAh.

Sayang sekali, tidak seperti Nokia 1 Plus yang menjalankan Android Pie Go – Redmi Go menjalankan versi Android Oreo Go yang agak ketinggalan untuk peranti tahun 2019. Harga rasmi buat pasaran Eropah adalah €80, iaitu sekitar RM376 sahaja.


TIPS & ULASAN