Carian
Google Pixel 3a XL Adalah Peranti Kelas Pertengahan Google Yang Dijana Snapdragon 710
January 29, 2019 Fahim Zahar

Pixel 3 Lite dan Pixel 3 XL Lite adalah dua peranti kelas pertengahan Google yang dikatakan akan dilancarkan tahun ini. Kedua peranti ini menjalankan Snapdragon 670 dan Snapdragon 710. Pixel 3 Lite sudah pun tertiris sebelum ini dan kini giliran Pixel 3 XL Lite pula.

Walaupun maklumat tirisan Pixel 3 XL Lite ini tidak banyak seperti Pixel 3 Lite, tetapi ia sudah memadai. Pixel 3 XL Lite dikatakan akan menggunakan nama Pixel 3a XL. Tetapi itu hanya nama dalam pangkalan data Geekbench, nama untuk pemasaran mungkin berbeza. Tetapi mungkin akan ada dua variasi, kerana yang tertiris sebelum ini adalah Foxconn Pixel 3 XL yang menggunakan memori 6GB RAM. Data terkini dilihat menggunakan 4GB RAM dan skor tanda aras adalah lebih rendah.

Masih lagi sama, ia dijana dengan Snapdragon 710 atau kod namanya adalah ‘bonito‘. Harapnya Google akan hadir dengan dua variasi dan tidak membatalkan versi 6GB RAM yang tertiris sebelum ini. Maklumat lanjut mengenai dua peranti ini dikatakan akan hadir selepas Google I/O 2019 yang akan berlangsung pada bulan Mei ini.

Komen