Google Menguji Bar Carian Chrome Yang Lebih Mesra Pengguna Untuk Android

Google Menguji Bar Carian Chrome Yang Lebih Mesra Pengguna Untuk Android

Diterbitkan pada Jan 29, 2019 oleh .

Google Chrome untuk Android adalah pelayar web untuk yang agak popular. Ia digunakan ramai kerana data akaun Google mudah untuk diselarikan. Jadi, sejarah dari Chrome desktop boleh diakses pada Android atau sebaliknya. Terkini, Google sedang menguji bar carian Chrome yang lebih mesra pengguna.

Bar carian Google Chrome atau nama lainnya adalah omnibox kini lebih mudah digunakan, kerana ia boleh mencadangkan laman web apa yang ingin dibuka, membuka laman web yang dibookmark, carian secara terus, menampal atau menyunting URL yang telah disalin dan semua ini hanya bole digunakan dalam mod Google Duet.

Seperti biasa, ini adalah ujian – jadi flags Google Chrome yang tertentu perlu diaktifkan terlebih dahulu. Flags tersebut adalah, chrome://flags/#enable-search-ready-omnibox. Bagi yang ingin mencuba, boleh terus muat turun Google Chrome Dev atau Google Chrome Canary di Google Play Store.

Muat Turun Google Chrome Dev

Muat Turun Google Chrome Canary


TIPS & ULASAN