Cari @ Amanz

Buka telefon anda dan lihat, apakah aplikasi yang wajib ada dalam telefon pintar anda? Bagi pengguna di Asia Tenggara, salah satu aplikasi yang mungkin ada dalam telefon pintar mereka adalah Grab yang bukan sahaja untuk pengangkutan, malah boleh digunakan untuk pembayaran dan juga tempahan makanan.

Pada malam tadi, mereka baru sahaja mencapai rekod 3 bilion perjalanan di Asia Tenggara menerusi perkhidmatan pengangkutan mereka. Terdahulu, Grab mencatatkan rekod mencapai 1 bilion perjalanan di Asia Tenggara pada 6 November 2017 dan 2 bilion perjalanan 9 bulan selepas tarikh tersebut.

Pada waktu tersebut, sebanyak 61 perjalanan yang direkodkan dalam tempoh yang sama, dari Kuala Lumpur, Cirebon, Jakarta, dan dari pelbagai bandar yang lain.

Bagi meraikan pencapaian ini, khusus untuk hari ini sahaja pengguna Grab boleh menebus kupon GrabReward bernilai RM 5 untuk 300 mata sahaja. Tawaran ini terhad untuk 30,000 penebusan terawal dan kupon ini boleh digunakan sehingga 31 Januari 2019.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd