Razer Menawarkan Blade Stealth Dan Aksesori Dalam Warna Merah Jambu

Razer Menawarkan Blade Stealth Dan Aksesori Dalam Warna Merah Jambu

Diterbitkan pada Jan 30, 2019 oleh .

Satu segmen yang sebelum ini tidak mendapat perhatian ialah golongan gamer wanita. Tetapi ramai menyedari wanita juga mempunyai minat di dalam permainan video dan kehendak mereka semakin dipenuhi oleh pengeluar. Razer hari ini mengumumkan komputer riba Razer Balde Stealth ditawarkan dalam warna Quartz Pink sempena Hari Kekasih.

Komputer riba ini dilengkapi skrin 13.3″ FHD, kad grafik NVIDIA GeForce MX150 4GB GDDR5, dijana pemproses Intel Core i7-8565U, memori sebesar 16GB RAM LPDDR, storan 256GB PCIe M.2 dan bateri yang mampu bertahan sehingga 11 jam. Selain itu pad sesentuh yang digunakan mempunyai permukaan kaca. Seperti biasa produk Razer ini menyokong sistem lampu Chroma dan papan kekunci menyokong Synapse. Buat masa ini komputer riba edisi terhad ini hanya ditawarkan untuk pengguna di Amerika Syarikat, Kanda dan China pada harga $1,599.99 (~RM 6570) sebuah.

Aksesori-aksesori di bawah turut ditawarkan dalam warna Quartz Pink sempena Hari Kekasih.

  • Razer Basilisk -tetikus
  • Razer Goliathus Extended Chroma – pelapik tetikus
  • Razer Huntsman – papan kekunci
  • Razer Kraken
  • Razer Raiju Tournament Edition untuk PS4
  • Razer Seiren X – mikrofon
  • Razer Base Station Chroma – tempat simpanan fon kepala.
  • KerangkaRazer Phone 2

TIPS & ULASAN