Fortnite Kini Menyokong Mod 60Hz Pada Android Dan Penggunaan Pengawal Permainan Bluetooth

Fortnite Kini Menyokong Mod 60Hz Pada Android Dan Penggunaan Pengawal Permainan Bluetooth

Diterbitkan pada Jan 30, 2019 oleh .

Anda mungkin baru bangun dari koma selama setahun sekiranya tidak tahun apakah itu Fortnite. Permainan Battle Royale ini bermula di konsol sebelum menjadi semakin popular pada peranti Android dan iOS. Memandangkan ia kini mula menjadi permua e-sukan, ramai pemain mengharapkan sokongan pengawal permainan bagi memberikan kawalan yang lebih tepat.

Permua fortnite telah dikemaskini ke versi v7.30 yang kini akhirnya menyokong pengawal permainan bluetooth, Antar jenama yang disokong ialah Razer Raiju, Moto Gamepad dan Steelseries. Pada platform iOS pula, kesemua pengawal permainan yang melepasi standard MFi disokong sepenuhnya.

Menerusi kemas kini yang sama sokong mod 60Hz kini disokong pada peranti Android Samsung Galaxy Note 9,  Honor View 20 dan Huawei Mate 20X. Sebelum ini ia hanya disokong pada peranti iOS. Untuk senarai lengkap kemaskini anda boleh membacanya menerusi pautan di bawah.


TIPS & ULASAN