Carian
Spesifikasi Sony Xperia XZ4 Tertiris Dengan Skrin Bernisbah 21:9
January 30, 2019 Effi Saharudin

Sony Xperia XZ4 akan dilancarkan pada acara MWC kelak. Kini beberapa maklumat mengenai spesifikasi XZ4 telah tertiris ke arena web menerusi laman Weibo. Ia mungkin hadir dengan skrin 6.5″ OLED dengan resolusi 3360×1440 pixel yang bernisbah 21:9, dijana cip Snapdragon 855, memori sebesar 6GB RAM dan storan sebesar 128 GB UFS dengan sokongan mikro SD sehingga 512GB.

Paling menarik ialah bateri yang berkapasiti 4400 mah sekaligus menjadikannya peranti Sony dengan kapasiti terbesar pernah digunakan. Satu kelemahan peranti Sony selama ini ialah saiz bateri yang lebih kecil berbanding pesaing. Ini adalah langkah bijak kerana peranti ini mempunyai saiz skrin yang amat besar. Kebenaran maklumat yang tertiris ini akan diketahui dalam masa tiga minggu sahaja lagi. Adakah anda teruja?

Komen