Cari @ Amanz

Tahun lepas, pada bulan April Google telah mengemaskini GMail untuk web. Ia hadir dengan rekaan yang sangat berbeza dan turut hadir dengan sejumlah ciri yang menarik. Terkini, Google telah umumkan yang mana – GMail untuk Android turut akan dikemaskini kelak dengan rekaan yang sama, iaitu rekaan Material Design yang baharu.

Selain daripada rekaan, GMail baru untuk Android kini boleh terus melihat gambar yang diterima tanpa perlu klik atau tatal pada emel. Kemudian, menukar antara emel persendirian dan emel kerja juga semakinĀ  mudah. Lain-lain fungsi sudah pun sedia ada sekarang, seperti Smart Compose, Smart Reply, integrasi Dropbox atau juga fungsi menyah hantar emel.

GMail yang kini mempunyai pengguna aktif lebih dari 1.5 bilion pasti akan gemar dengan rekaan baru ini. Harapnya, Google turut akan sertakan mod tema gelap seperti yang telah dikemaskini pada aplikasi/perkhidmatan Google lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd