Pocophone F1 Menerima Skor DxOMark Sebanyak 91 – Kualiti Video Setanding iPhone 8

Pocophone F1 Menerima Skor DxOMark Sebanyak 91 – Kualiti Video Setanding iPhone 8

Diterbitkan pada Jan 30, 2019 oleh .

Sekian lama menanti, telefon pintar ‘pembunuh’ peranti mercu lain Pocophone F1 – kini menerima skor tanda aras dari DxOMark. DxO memberikan markah secara keseluruhan sebanyak 91 buat peranti ini. Walaupun tidak sehebat peranti Xiaomi yang lain, tetapi skor melebihi 90 ini sudah membuatkan hari peminat Poco gembira.

Tetapi, skor 91 itu bukan sahaja perkara baik buat Pocophone F1 ini. Skor video yang diterima adalah setanding dengan iPhone 8. Bayangkan, peranti mercu harga ‘bajet’ ini, kualiti videonya adalah setanding dengan peranti ‘premium’. Menurut DxO, hasil gambar dengan flash adalah baik, pendedahan kepada cahaya juga agak baik, autofokus yang terbaik, dan secara keseluruhan memberangsangkan. Cuma, kualiti HDRnya menurut DxO adalah tidak sehebat mana.

Video juga begitu, HDR adalah kurang baik. Ia menerima skor yang tinggi kerana autofokus yang baik. Lensa kedua untuk bokeh pula tidak memberangsangkan kerana objek turut akan kabur dan keliling objek kesan bokeh tidak kemas.

Jika anda ingin dapatkan peranti Android dengan kualiti video yang ‘setanding’ dengan iPhone 8, Pocophone F1 kini dijual secara rasmi pada harga serendah RM1199 sahaja.


TIPS & ULASAN