Vivo V15 Akan Dilancarkan Pada 20 Februari Dengan Kamera Swafoto Periskop
Artikel Berkaitan

Vivo V15 Akan Dilancarkan Pada 20 Februari Dengan Kamera Swafoto Periskop

Diterbitkan pada Jan 30, 2019 oleh .

Vivo dijangka melancarkan model kemas kini kepada V11 tahun ini. Terkini pengeluar dari China ini telah menghantar jemputan untuk acara yang bakal berlangsung pada 20 Februari kelak. Ini besar kemungkinan tarikh di mana Vivo V15 akan diumumkan secara rasmi.

Dari imej acah di atas, ia mengesahkan peranti ini bakal menggunakan sistem periskop untuk kamera swafoto. Sebelum ini kerangka untuk V15 Pro telah tertiris memberikan petanda ia akan dilengkapi sistem tri-kamera pada bahagian belakang dan kamera periskop. Tiada maklumat mengenai spesifikasi buat masa ini pastinya kelas pertengahan jika mengikut model terdahulu,


TIPS & ULASAN