YouTube Mengaktifkan Fungsi ‘Cadangan Muat Turun Video’ Kepada Semua Pengguna

YouTube Mengaktifkan Fungsi ‘Cadangan Muat Turun Video’ Kepada Semua Pengguna

Diterbitkan pada Jan 30, 2019 oleh .

Sekitar seminggu yang lalu, fungsi “Cadangan muat turun video” telah diuji pada sesetengah pengguna YouTube di Malaysia. Menerusi fungsi ini, anda diberikan saranan video yang mungkin menarik minat anda untuk ditonton ketika peranti tidak mempunyai sambungan Internet. Pagi ini fungsi ini akhirnya telah diaktikfkan kepada semua pengguna.

Cadangan muat turun ini akan dapat dilihat pada skrin video yang telah dimuat turun di dalam aplikasi. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan fungsi ini anda boleh mematikannya. Pergi ke profil peribadi dan kemudian pergi ke tetapan “Settings”. Seterusnya pergi ke tetapan “Downloads” dan kemudian anda boleh menyahpilih “Recommend downloads”. Selamat mencuba.


TIPS & ULASAN