Redmi Note 7 Pro Mungkin Akan Hadir Dengan Memori 6GB RAM Dan Storan 128GB

Redmi Note 7 Pro Mungkin Akan Hadir Dengan Memori 6GB RAM Dan Storan 128GB

Diterbitkan pada Jan 30, 2019 oleh .

Redmi Note 7 adalah peranti pertama buat jenama Redmi sejak ia diasingkan dari Xiaomi. Redmi Note 7 ini juga adalah peranti Redmi pertama dengan USB-C dan bahan binaan kaca. Terdapat ura-ura mengenai variasi Pro yang turut akan dilancarkan kelak. Hari ini, butiran mengenai Redmi Note 7 Pro mungkin telah muncul.

Di Weibo, CEO Redmi – Lu Weibing tanya apa yang peminat inginkan pada variasi Pro? Ramai yang inginkan RAM sekurang-kurangnya 6GB dan storan daripada 64GB atau 128GB, bukannya seperti Redmi Note 7 dengan variasi asas 3/32GB. CEO Xiaomi, Lei Jun – membalas terbitan Lu Weibing dan turut inginkan perkara yang sama.

Redmi Note 7

Menurut sumber, Redmi Note 7 Pro akan kelak dalam rekaan dan badan yang sama dengan Redmi Note 7. Cuma yang membezakan adalah spesifikasi dalaman sahaja, Ada juga yang mencadangkan hentikan pengguna Snapdragon 660, tetapi gunakan Snapdragon 675.



Paling Popular