Cari @ Amanz

Beberapa minggu lalu, kita sudah kedengaran yang mana Apple mungkin akan melancarkan iPad Mini 5 dan hadir dengan iPad biasa yang baru. Beberapa hari lepas, kod pembangunan dalam iOS 12.2 Beta mencadangkan dua model iPad baru ini akan kekal dengan Touch ID.

Hari ini, butiran baru mengenai iPad Mini 5 dan iPad muncul. Ia dikatakan akan menyokong Apple Pencil, seperti mana yang disokong pada iPad 9.7-inci tahun 2018. Kemudian, turut dikatakan adalah – kedua-dua iPad ini akan menyokong Smart Keyboard seperti iPad Pro.

Mengejutkan, kedua-dua iPad ini berkemungkinan besar akan kekal dengan rekaan bingkai tebal dan tidak seperti iPad Pro 2018. Ini adalah kerana ia akan kekal dengan sistem sekuriti Touch ID dan bukannya Face ID.

Apa-apa pun kita perlu tunggu sahaja pengumuman rasmi Apple pada tahun ini dan lihat sendiri, iPad apa yang bakal diperkenalkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd