Robot Pemotong Rumput Automatik Terra Diumumkan Oleh Pengeluar Roomba

Robot Pemotong Rumput Automatik Terra Diumumkan Oleh Pengeluar Roomba

Diterbitkan pada Jan 30, 2019 oleh .

Syarikat iRobot terkenal kerana bertanggungjawab menghasilkan Roomba yang membersihkan lantai rumah secara automatik. Ia adalah robot yang perlu bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk memvakum di rumah kerana sibuk ataupun malas. iRobot hari ini mengumumkan Terra, robot yang boleh memotong rumput secara automatik.

Seperti Roomba, Terra secara automatik mengesan kawasan berumput di rumah dan memotongnya mengikut tetapan pengguna. Ini dilakukan menerusi sebuah aplikasi peranti pintar. Ia mampu beroperasi selama sejam dengan masa pengecasan semula selama dua jam. Sekiranya ia hampir kehabisan bateri, Terra akan kembali ke dermaga pengecas secara automatik. Usai dicaj, ia akan kembali ke lokasi terakhir rumput dipotong bagi menyelesaikan tugas.

Tubuh Terrra adalah kalis air dan ia direka untuk diletakkan di luar rumah. Sisi getah disertakan bagi mengelakkan kerosakan apabila ia berlanggar serta pisau pemotong berspring yang melentur bagi mengelakkan ia dari patah jika terlanggar objek keras. Ujian Beta iRobot Terra akan ditawarkan di Jerman terlebih dahulu tetapi harga jualan masih belum diumumkan.


TIPS & ULASAN