Semalam Jabatan Kehakiman A.S (DOJ) telah memulakan pendakwaan terhadap Huawei atas tuduhan penipuan bank dan mencuri rahsia teknologi milik T-Mobile. DOJ turut akan memulakan proses ekstradisi CFO Huwei Meng Wanzhou dari Kanada bagi menghadapi pertuduhan menipu bank bagi membolehkan syarikat tersebut berurusan dengan Iran yang kini di bawah sekatan PBB.
— Huawei Technologies (@Huawei) January 29, 2019
Pihak Huawei telah menyuarakan kekecewaan mereka keatas pertuduhan yang dikenakan. Berkenaan isu pencurian rahsia teknologi T-Mobile, mereka berkata isu telah diselesaikan berdasarkan keputusan mahkamah di Seattle sebelum ini. Huawei menyangkal mereka dan anak syarikat melanggar sebarang undang-undang Amerika Syarikat dalam berurusan seperti yang didakwa.