Cari @ Amanz

Walaupun Realme adalah syarikat tersendiri, ia masih lagi dikira sebagai sub-jenama Oppo. Sistem operasi peranti-persnti Realme juga masih menggunakan sistem operasi daripada Oppo, ColorOS.

Kini, nampaknya Realme memang benar-benar ingin menjadi syarikat tersendiri. Ini adalah kerana, mereka baru sahaja daftar tanda dagang buat nama RealmeOS. Ini bermakna kelak, peranti-peranti Realme mungkin akan menjalankan sistem operasi tersendiri dengan nama RealmeOS.

Harapnya, RealmeOS ini akan menjadi satu kelainan dan bukan sahaja menukar nama dari ColorOS. Pesaing lain seperti Honor Magic 2 yang menjalankan Magic UI 2.0, ia hanyalah nama sahaja – lain-lain masih lagi mirip EMUI. Manakala, Pocophone F1 pula menjalankan MIUI for Poco – iaitu MIUI khas untuk Poco.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd