Carian
Mycujoo Menerima Hak Penyiaran Rasmi Perlawanan Liga Premier Untuk Musim 2019
January 30, 2019 Effi Saharudin

Peminat sukan bola sepak tempatan adalah antara yang paling fanatik di dunia. Ini selari dengan status bola sepak sebagai sukan nombor satu negara. Bagi peminat pasukan Liga Premier, mereka akan dapat menstrim perlawanan secara langsung menerusi perkhidmatan Mycujoo. Mycujoo telah dilantik Malaysian Football League (MFL) sebagai penyiar rasmi Liga Premier untuk musim 2019.

Mycujoo akan menyiarkan sehingga 50% perlawanan Liga Premier akan datang dengan sasaran menayangkan kesemua perlawanan secara langsung menjelang 2020. Dengan penawaran ini, peminat masih dapat mengikuti perkembangan pasukan mereka walaupun tidak ke stadium. Sebelum ini hak penyiaran Liga Super, Liga Premier, Piala FA dan Piala Malaysia dipegang oleh iFlix. Saingan Liga Premier musim ini akan bermula dari 1 Februari kelak.

Komen