Kodi 18 Dilancarkan – Integrasi Android TV Yang Lebih Mendalam Dan Pelagak Permainan Retro

Kodi 18 Dilancarkan – Integrasi Android TV Yang Lebih Mendalam Dan Pelagak Permainan Retro

Diterbitkan pada Jan 30, 2019 oleh .

Kodi adalah pemain media klasik yang suatu masa dahulu terkenal dengan XMBC. Selepas dua tahun Kodi kekal dengan versi 17, hari ini versi 18 dilancarkan dengan kod nama Leia.

Terdapat banyak perkara baru dalam Kodi 18 Leia ini. Antara yang paling menarik adalah Android Leanback. Android Leanback adalah untuk integrasi Android TV, sperti Netflix, Spotify, YouTube yang mencadangkan kandungan apa yang ingin ditonton di skrin utama. Kemudian, Kodi Leia ini turut menyokong kawalan suara melalui Google Assistant.

Mengejutkan, Kodi Leia ini turut hadir dengan pelagak permainan retro terbina. Tetapi ia mungkin hanya untuk ujian sahaja, kerana tiada pelagak permainan retro yang halal berada di Android TV lagi. Untuk kandungan-kandungan halal dan sah seperti Netflix, Kodi Leia hadir dengan penyahsulitan hak pengurusan digital. Ini bermakna, pengguna boleh tonton kandungan Netflix terus dari Kodi – jika tidak gemar menggunakan antaramuka Android TV.

Banyak lagi perkara yang dikemaksini, seperti sokongan main semula pada resolusi sehingga 8K, HDR dan kemaksini antaramuka. Bagi yang berminat, boleh terus muat turun di Google Play Store hari ini.

Muat Turun Kodi 18 – Leia Di Sini


TIPS & ULASAN