Camera2API Tidak Wajib Diaktifkan Dalam Android Pie – Terpulang Kepada Pengeluar

Camera2API Tidak Wajib Diaktifkan Dalam Android Pie – Terpulang Kepada Pengeluar

Diterbitkan pada Jan 30, 2019 oleh .

Jika anda perasan, banyak peranti Android baru yang menjalankan Android Pie – API kameranya menggunakan Camera2API. Lebih-lebih lagi peranti-peranti Xiaomi yang baru. Ramai yang sangkakan, peranti baru dengan Android Pie wajib mengaktifkan API ini. Tetapi sebenarnya tidak.

Pengeluar-pengeluar yang ingin menghasilkan peranti dengan sistem operasi Android (variasi global), perlu mengikut dokumen-dokumen pra-syarat (CDD & CTS) – jika inginkan peranti mereka diiktiraf Google. Walaupun dokumen CTS menyatakan API persist.vendor.camera.HAL3.enabled= 1 perlu diaktifkan, tetapi sebenarnya tidak. Google hanya menggalakkan pengeluar aktifkan.

Dengan Camera2API aktif, aplikasi kamera peranti tersebut akan mempunyai kemampuan kawalan manual atau kemampuan port aplikasi kamera GCam. Camera2API ini banyak aktif pada peranti dengan pemproses Snapdragon sahaja, lain-lain kebanyakannya tidak stabil. Apakah pendapat anda? Patutkan pengeluar aktifkan Camera2API, ataupun biar sahaja mereka guna API tersendiri?


TIPS & ULASAN